TARIKH : 06.04.08
HARI : AHAD
Bertolak dari Balairaya Air Baruk pada pukul 7.30am. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam 2 Masjid Al Ghaffar, Jasin. Alhamdullillah... pada hari perjalanan cuaca amat baik dan perjalanan pada waktu pagi begitu selesa kerana masih redup.
Pada sekitar 08.15am perjalanan sedikit mencabar kerana jalan selekoh berbukit bermula iaitu di sekitar KM15.6 berdekatan dengan Universiti Teknikal Melaka. Apabila sampai di Auyin Hill...kedudukan peserta ekspidisi mula melebar tetapi dapat dirapatkan semula dengan kerjasama marsyall.
Peserta ekspedisi sepatut berhenti untuk kali pertamanya pada 20km pertama.... tetapi disebabkan kesilapan menyukat semasa pemantauan jalan tempohari... check point pertama hanya berlaku pada km 30. Ini sedikit meletihkan para peserta. Walaubagaimana peserta-peserta masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan.
Pada check point kali ini terdapat satu pertukaran peserta dan jarak seterusnya cuma 17.8km untuk sampai di Dataran Alor Gajah. Alhamdulillah... pada 9.34am kumpulan ekspidisi selamat sampai di Dataran Alor Gajah walaupun terdapat sedikit kecelaruan apabila memasuki bandar tetapi ianya dapat di atasi.
Di Dataran Alor Gajah para peserta berehat sambil para crew dan marshall menyediakan minuman dan sedikit makanan ringan untuk mengalas perut untuk perjalanan seterusnya. Aktiviti di Dataran ini tidak formal... cuma membincangkan soal keselamatan, perancangan akan datang dan bagaimana hendak memantapkan lagi ekspedisi pengkayuhan. Penerangan banyak dibeikan oleh En. Megat Ahmad kerana beliau berpengalaman menjalankan ekspedisi sebegini. Bagi penulis pula.... telah berjanji akan mendirikan satu blogsite untuk kumpulan ini... Alhamdulillah blog ini telahpun dapat upload dan boleh dilayari.
Lebih kurang pukul 11.00am para peserta mula bergerak balik. Laluan kali ini agak mencabar kerana terdapat banyak bukit. Perlu diingatkan basikal yang digunakan oleh kebanyakan para peserta ialah mountain bike. Ini sedikit menyukarkan apabila melalui jalan ini. Terdapat banyak pertukaran dalam perjalanan kali ini. Banyak peristiwa yang berlaku sebenarnya... ada yang dikejar anjing, kekejangan otot, tayar bocor dan pelbagai gelagat yang sempat dirakam.
Kali ini para marsyall begitu sibuk menjaga laluan kerana kenderaan sudah mula sibuk. Dan menambahkan kesibukan lagi apabila para peserta sudah mula membuat panggilan talian hayat..(tolak basikal dengan bantuan motor). Kerapkali dilihat peserta menggapaikan tangan memanggil marysall. Agaknya kalau marsyall meminta upah sekotak rokok...... bila-bila saja boleh....
Check point seterusnya ialah Taman Rekreasi Machap... Rehat kali ini agak sibuk sedikit...kerana peserta mula bercerita tentang kehebatan bukit yang terpaksa mereka daki... Ada yang dah tak boleh angkat muka..... Minyak angin mula bergerak dari tangan ke tangan... Ada yang minta rehat dipanjangkan sedikit. Alhamdulillah..... Ketua Marsyall (Tok Lan) sampai tepat pada waktunya..kerana perjalanan kali agak mencabar kerana laluan berbukit dan ditambah jalanraya yang sedang diperbaiki.
Seterusnya inilah perjalanan yang sangat-sangat mencabar iaitu dari Machap ke Bukit Sedanan... Terima kasih sekali lagi kepada Marsyall-Marsyall kerana sangat-sangat membantu melancarkan perjalanan. Perjalanan diteruskan dari pekan Selandar melalui Felda Air Kangkung..dan pada ketika ini keseluruhan para peserta jelas menunjukkan keletihan.... dan talian hayat terus diberikan untuk mempercepatkan perjalanan. Dan bukit terakhir yang sangat-sangat dinanti-nantikan... Bukit Kemendor bersebelahan dengan Jirat Cina.... Tiada kata lain yang dapat disebut ketika itu... Fuh..... Cikgu Kamaruzzaman menjerit sekuat hati melepaskan tekanan... Alhamdulillah..... tepat 12.38pm kami sampai di Balairaya Kg. Air Baruk. Meremang bulu roma saat-saat sampai ke destinasi.... Rasa sebak dan gembira apabila dan menyelesaikan cabaran dengan sukses tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini....
Kepada rakan-rakan.... Tahniah kepada anda semua....kerana telah berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi. Jadikanlah semangat juang ini dalam kita menempuh kehidupan sehari-harian.... Insyallah semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNYA... Amin Ya Rabbal Alamin...
p/s: Penulis hanya dapat menuliskan apa yang penulis sendiri lihat dan alami...

TENTANG ADMIN

KOLEKSI POST
KOMEN TERKINI
GAMBAR TERKINI
VIDEO MESYUARAT
EKSPEDISI KUALA LINGGI 1
EKSPEDISI KUALA LINGGI
GAMBAR MOUNTAINBIKE
KOMENTAR TERTINGGI
Widget by Blogger Buster
FORUM JBC
Monday, April 7, 2008
Ekspedisi Jasin-Alor Gajah-Jasin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAMPAIKAN PESAN ANDA
Jasin Jamboree 2010

PENCARIAN DLM BLOG
Labels
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
1 comments:
semoga kelab ini akan bertahan sampai bila2..amin
Post a Comment