FORUM JBC


Sunday, April 13, 2008

KAYUHAN JASIN-A.KANGKUNG-SIMPANG BEKOH-CHABAU-KELUBI-JASIN

13/04/08: Pagi ini, aktiviti berbasikal bermula pada pukul 8.00am. sebelum tu, kami bersarapan di kedai Sabri...pekena roti canai dengan nescafe o... sementara nak menunggu geng-geng lain sampai. Penglibatan pagi ni taklah ramai... cuma 6 orang saja... Malik, Zunasri, Pendi, Kamaruzaman, Amir dan penulis sendiri. Sebenarnya kami teruja nak cuba jalan ni apabila kami melaluinya dengan menaiki kereta tempohari. Memang diakui bahawa jalan ni benar-benar menguji keupayaan mengayuh. Pendakian bermula dengan bukit SMK.Teknik... tapi tak ada masalah sebab dah biasa dengan bukit tu... Cabaran pertama apabila sampai di km12 iaitu simpang dari Air Kangkong menghala ke Simpang Bekoh... Bukit pertama yang kami lalui sangat mencabar... terasa lenguh kaki... Pada pengiraan penulis, terdapat lebih daripada 12 bukit yang sangat mencabar yang harus didaki. Perjalanan berbukit ini sepanjang 14km (dari Simpang Air Kangkong ke Simpang Bekoh). Sebelum jalan ini dibuat, ia merupakan kawasan berbukit bukau dan terdapat perkampungan orang asli. Perjalanan ditamatkan pada 9.50am dan menyambung minum pagi di Kedai Sabri. Mengikut statistik perjalanan kami hari ini ialah:
Jarak perjalanan : 40km
Kelajuan maksimum: 52mk/j (turun bukit)
Purata kelajuan : 20.8km/j
Masa : 1 jam 50minit

Perjalanan yang mencabar pada hari sebenarnya sebagai persediaan kami untuk menghadapi ekspedisi akan datang iaitu ke Kuala Linggi (68 km sehala). Semoga ahli kelab bersedia untuk ekspedisi akan datang....

0 comments:

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template