FORUM JBC


Monday, April 7, 2008

SEJARAH PENUBUHAN KELAB MOUNTAINBIKE AIR BARUK

Kelab Mountainbike Air Baruk (MBA.B) sebenarnya baru ditubuhkan kira-kira 3 bulan yang lalu tetapi belum lagi didaftar sebagai sebuah kelab secara formal. Pendaftaran ini akan dibuat semasa pelancaran yang akan dibuat dalam waktu yang terdekat.
Idea penubuhan kelab ini datang dari saudara Megat Ahmad iaitu Pengerusi Belia 4B Kg. Air Baruk. Ketika itu kami (Golongan separuh tua) sedang menikmati minum petang di Din Corner. Sedang kami minum tiba-tiba terpacul saudara Megat.... biasanya beliau akan menunggang motorsikal apabila ke sini tetapi pada petang tu beliau mengayuh basikal.
Pada petang tu... topik pebincangan kami hanya berkaitan dengan basikal...Di atas cadangan saudara Megat dan persetujuan kami (Malik, Fendi, Rap, Rabun) secara tidak formal maka tertubuhlah kelab ini....
Untuk sementara waktu, kelab ini diberi nama LetuaA.Baruk. Insyallah apabila mesyuarat penubuhan dan pelancaran yang akan diadakan tidak lama lagi... akan terhasil sebuah kelab yang terurus dan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dapat membri manfaat kepada anak-anak belia di Kg. Air Baruk.... Terima kasih kepada saudara Megat Ahmad.

0 comments:

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template