FORUM JBC


Thursday, May 15, 2008

3 HARI LAGI EKSPEDISI KE KUALA LINGGI

14/05/08.... Hanya tinggal 3 hari saja lagi ekspedisi ke Kuala Linggi.... Dan latihan hari ini lebih kurang macam rehearsal jugalah... sebab marsyall, crew dan cameraman masing-masing bertugas seperti seadanya... Alhamdulillah komitmen rakan-rakan kelab akan menjadikan kelab ini semakin mantap.... Latihan pada hari ini sudah dapat dilihat betapa serius dan bertanggungjawab di atas tugas yang diberi.. Harapan kita semua agar ekspedisi kali ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur dan memenuhi objektif JBC. Kita ingin melihat bahawa penubuhan kelab basikal ini bukan hanya dari sudut sukan semata-mata tetapi tanggungjawab sosial dan peranannya dalam membentuk masyarakat setempat. Diperingkat awal misalnya... aktiviti berbasikal ini ada yang melihatnya sebagai sesuatu yang remeh....dan memandang rendah akan aktiviti ini... tetapi alhamdulillah... ahli-ahli dapat menunjukkan kepada masyarakat akan tujuan dan peranan kita sebenarnya.... Kita sangat-sangat berharap akan penambahan ahli dari rakan-rakan setempat bersesuaian dengan nama Jasin Bikers Club....

0 comments:

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template