` LE RIDES PORT DICKSON ‘
JASIN BIKERS CLUB
Dalam Mesyuarat JBC yang telah diadakan pada 12 Julai 2007 yang lalu telah memutuskan untuk mengadakan program yang diberi nama `Le Rides Port Dickson ‘ ( Le Rides PD ) pada 26 hingga 27 Julai 2008 ( Sabtu dan Ahad ). Ini adalah merupakan aktiviti kayuhan ke empat ( 4 ) yang dianjurkan oleh JBC semenjak 5 bulan tertubuhnya JBC di Jasin. Perjalanan keseluruhan dalam aktiviti ini melibatkan sejauh 196 kilometer yang mana 93 kilometerJASIN BIKERS CLUB
( Pergi ) melalui Jasin-Durian Tunggal-Belimbing Dalam-Parit Melana-Bulatan Sri Pengkalan ( Chekpoint 1) –Simpang AG/Melaka-UITM-Masjid Tanah-Jeram-Lubuk Redan-Pekan Kuala Sungai Baru-Akademi Laut Malaysia ( Checkpoint 2 )-Simpang Lingi/PD-Kg.Sungai Raya-Pekan Pasir Panjang-Blue Lagon-Teluk Kemang (Hentian terakhir-Penginapan).
Manakala perjalanan balik 103 kilometer melaluiTeluk Kemang-Simpang Sungai Raya-Simpang Linggi/Melaka-Pekan Kuala Sungai Baru (Checkpoint 1)-Lubuk Redan-Jeram-Pekan Masjid Tanah-Air Limau-Padang Kambing-Simpang Empat (Checkpoint 2)-Simpang Pulau Sebang-Kampong Kemuning-Felda Hutan Percha-Felda Menggong-Felda Bukit Bulat (Checkpoint 3)-Simpang Kolam D/Tunggal-Padang Kerbau-Simpang Garing-Kesang Pajak-Kesang Tua-Balairaya Air Barok (Hentian terakhir).
Perjalanan akan bermula jam 6.00 pagi ( 26 / 7 – Sabtu ) di Balairaya Air Barok, Jasin dan akan menginap di Rumah Rehat Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson,Negeri Sembilan.
Jumlah Peserta keseluruhan ialah seramai 42 orang yang melibatkan 21 orang pengayuh tetap ( Riders ), 4 orang pengayuh simpanan, 6 orang Marshall, 7 orang Krew dan 4 orang group teknikal. Penyertaan Riders pada kali ini agak ramai dengan penyertaan bersama seramai 4 orang riders dari Diman Cycle Club, Umbai dan 2 orang riders dari Air Molek, Melaka ( individu ).
JBC mengalu-alukan sumbangan/penajaan daripada organisasi swasta & Kerajaan / individu bagi bersama menyokong aktiviti ini.Sila hubungi Sdra.Malik (0136936377) / Sdra.Megat ( 0166863011) / Sdra.Zakaria
( 0166563704) untuk keterangan lanjut. (Berita dari: En.Megat Ahmad...SU JBC)
0 comments:
Post a Comment