Jasin 23 Nov 2008( Ahad )
Jam 8.00 pagi dah ada ramai bikers berkumpul di Roza Tomyam Restaurant Air Baruk Jasin.Ini termasuklah group dari Muar, Ecc Melaka, Bukit Katil, Bemban, Sungai Udang Camp (Army), Petronas Sungai Udang, Singapore, MITC Group, PDRM Jasin dan termasuklah dari JBC.Kesemua jumlah bikers seramai 43 orang dengan dibantu oleh 6 orang krew telah siap sedia untuk bergerak bagi merentasi laluan sejauh 62 km ( 7 km on the road dan 55 km off-road ). Cuaca cukup cantik. Tepat 9.00 pagi kesemua bikers di lepaskan dengan diringi oleh 2 buah radio car ( PDRM Jasin ) sehingga ke simpang Kemengkang ( 5 km )
Istimewanya macam VIP pulak rasanye. Ini semua atas sokongan Tuan Zaki ( ketua traffic PDRM Jasin ) yang juga merupakan bikers JBC yang turut sama rides kali ini.( TQ tuan dan anggota ).Kayuh on the road tak rasa ape lah apatah lagi hanya sejauh 5 km je… tapi masuk je kat kawasan kg.Kemengkang dan ladang Sime Darby baru le tau..apatah lagi bila jumpa bukit 3 beradik…sampai atas bukit terakhir nie dah jadi 2 group…tapi kayuh tetap kayuh…Masuk pulak kawasan Ladang Guthrie lagi banyak bukit di rempuh..(tapi tak lalu kawasan bukit tampin..dah semak ) disini banyak pecahan group telah berlaku..terpaksalah group JBC keje keras sikit..nak cari bikers lain yang sesat termasuk dua orang Mat Salleh dari MITC group..nasib baik dak Jak dapat jumpa…letih le juga dak Jak… maklumlah diorang bukan tau road nie..Lepas tu kena lalu sungai pulak..dan diikuti dengan bukit licin dan bukit merah( Bukit 3 tingkat )..aduh mak..tapi semua bikers nampak bersemangat sungguh untuk berkayuh sehinggalah sampai ke Checkpoint terakhir - Bukit Katong … Matahari dah terik…walaupun dalam ladang tapi terasa panasnya…waktu nak ke finishing line semua tak dak tunggu dah..nak cepat sampai…lalu kat pekan Jasin pun pecut bagai nak gila…tapi alhamduliillah semuanya ok…ada yang kejang otot dan jatuh kat track tu biasa le…sampai kat finishing semua bikers lega..dah selasaikan rides sejauh 62 km dengan melalui 17 kawasan bukit tinggi…itu bukit tinggi..bukit rendah tak terkira le..
Apapun Tima kasih pada semua yang terlibat…Biker dari semua Club yang bersama…krew yang cukup bersedia…dan sponsor yang sentiasa bersedia untuk menaja…jumpa lagi. .
Sumber Berita: En.Megat Ahmad (S/U..MbikeJBC)

TENTANG ADMIN

KOLEKSI POST
KOMEN TERKINI
GAMBAR TERKINI
VIDEO MESYUARAT
EKSPEDISI KUALA LINGGI 1
EKSPEDISI KUALA LINGGI
GAMBAR MOUNTAINBIKE
KOMENTAR TERTINGGI
Widget by Blogger Buster
FORUM JBC
Tuesday, November 25, 2008
HOME LE-RIDES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAMPAIKAN PESAN ANDA
Jasin Jamboree 2010

PENCARIAN DLM BLOG
Labels
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
1 comments:
En. Megat...... Keychap beri cadangan ke Jeram Toi... Amacam
Post a Comment