Alor gajah (26 Oktober 2008) – Hari ini dalam sejarah, seramai 8 bikers JBC dan seorang manager (Azmi) mengikuti jamboree yang dianjurkan oleh ecc (Environment Cycling Club) iaitu Pucat, Layut, Jai, Sahak, Ponggek, Rap, haffis dan syidi. Perjalanan untuk ke tempat jamboree dimulakan seawal 5.00 am dengan matlamat pukul lima mesti gerak. Objektif pertama telah Berjaya dicapai dengan memulakan perjalanan dari perkarangan ROZA. Sebanyak 4 buah kereta digunakan untuk membawa bikers dan basikal2 nyer. Apabila sampai ke alor gajah bikers JBC memulakan pencarian kedai makan yang bukak awal. Selepas tawaf lebuh AMJ barulah berjumpa dengan kedai makan yang bukak. Bikers membalun sarapan yang ada iaitu Nasi lemak, roti canai dan lontong. Setelah menyelesaikan aper2 yang patut, bikers memulakan perjalanan ke tempat meeting point iaitu di A’famosa cowboy town. KAmi tiba seawal jam 6.30 pagi. Semua bikers mengambil tempat parking yang strategic dan proses setting jentera perjamborian pun bermula.
Setelah sedikit senaman yang memakan separuh tenaga, peserta jambori dilepaskan tepat jam 8.00 am. Acara kejar-mengejar bermula (jln onroad), walaupun ini sekadar jambori tetapi masing2 hendak melatakkan jentera mereka dihadapan. ‘Best Man win’ gitulah gamaknya. Acara kejar berakhir apabila peserta masuk ke jln offroad. Sedikit kesesakan lalulintas berlaku di dalam ladang kelapa sawit apabila peserta menaiki bukit. Biker JBC mula terpisah apabila masuk ke cp 2 dimana jalan ini penh dgn bukit yang mencabar yang menyaksikan rantai saudara rap terburai gamaknya. Setelah itu kabar berita masing2 tak kedengaran. Dah kena tinggal jauh. Apabila sampai ke CP 4, penulis mengalami kekejangan tahap gaban yang memaksa penulis berehat lama ditepi jalan. Setelah rehat lbh kurang 20 min, penuli berjumpa dengan saudara hafis dan memulakan perjalanan setelah sekkian lamanya berehat. Perjalanan diteruskan ke cp 5. Apabila memulakan perjalanan ke cp 6, cabaran begitu getir dengan keadaan kaki yang kejang dan bukit yang mak datuk punyalah tinggi. Push up-hill, push down-hill.Setelah dicekalkan semangat perjalanan diteruskan setelah berehat entah kesekian berapakalinya. Apabila sampai ke Cp 7, perasaan agak lega sikit sebab ader air. Proses top-up air pun bermula. Kemudian perjalanan ke CP 8 dan CP 9 pun bermula. CAbaran terakhir terasa amatlah mencabar dengan perjalanan melalui kawasan paip gas dan terpaksa mengharungi 2 paya. Akhirnya perjalanan berakhir pada 3.30 pm. Setelah berehat di rumah yang disewa, tiba ke acarayang ditunggu iaitu acara cabutan bertuah. Seramai 4 orang peserta JBC yang bertuah iaitu Haffis, Pucat, Jai dan Ponggek. Tapi bukanlah hadiah utama iaitu body merida carbon multivan team yang dimenangi oleh brother commando dari sg udang. Sekian sahaja..
SUMBER BERITA DARI : Mohd.Rasyidi Ridzuan, IKM

TENTANG ADMIN

KOLEKSI POST
KOMEN TERKINI
GAMBAR TERKINI
VIDEO MESYUARAT
EKSPEDISI KUALA LINGGI 1
EKSPEDISI KUALA LINGGI
GAMBAR MOUNTAINBIKE
KOMENTAR TERTINGGI
Widget by Blogger Buster
FORUM JBC
Monday, November 3, 2008
SURVIVE IN SAHARA
Posted by
mbikejbc
at
5:40 PM
Labels: PERTANDINGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAMPAIKAN PESAN ANDA
Jasin Jamboree 2010

PENCARIAN DLM BLOG
Labels
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
0 comments:
Post a Comment