Cadangan untuk sekali lagi mengulangi laluan ni dibuat pada hari sabtu sebabnya dulu pernah lalu di trek ni tapi tak tamat di laluan yang dikehendaki.Ini kali kedua nak cuba lagi… Order diterima semua bikers mesti ada di kedai Sabri 7.30 pagi dan akan gerak 8.00 pagi.Alhamdulillah masa yang dirancang tepat.
13 Bikers ( Jai,Rap,Pucat,Shidee,Cikgu Man,Nizam,Sahak,Jak,Layut dan Yuri(Geng yang dah lama tak Kayuh..La ni bertugas di Port Klang)Jalut(member Bikers baru dalam JBC) dan Pengerusi JBC –Malik. Tepat 8.00 pagi tayar dah gerak tapi macam ada yang tak kena je…maklumlah dah lama tak kayuh bersama dalam group…sebelum ni ramai yang kayuh solo je… kali terakhir secara kumpulan ramai waktu kayuh di Muar akhir Mac @ Awal April dulu.Tapi ramai yang cukup bersemangat kerana kayuh kali ni ada misi…@ nak clean track dan
@ servey hitungan tepat km. Sepanjang 7 km pertama ( Tebat-pencawang-Kesang ) laluan mudah tapi track yang dah terbiar agak lama ( tak dilalui ) dah hutan..hampir2 menutup laluan…begitu jugalah dengan 7 km selepas itu ( laluan Pig street ke Kesang Pajak )…malah sampai tersesat pun ada…ini menunjukkan dah lama tinggalkan track ni.. tapi semua bikers tak nampak langsung penatnya…memmang semuanya DAH KUAT (istilah yang sering digunakan kini bagi bikers yang terlalu HANDAL .. he..he..handal ke ? ).Tapi handal tak handal le…jauh lagi perjalanan ni… sampai 8 km lepas tu ( kesang Pajak-3 beradik-Bukit Teknik) cuaca dah semacam dah…panas dah macam pukul 1.00tgh…tapi jam itu baru kul 9.30 pagi…tapi semua bikers teruskan perjalanan 6 km (Sime Darby –reban ayam -Seri Kesang) dalam keadaan air dibadan dan basikal dah abis…ada stok air barli dijual di Seri Kesang…dapatle juga 7-8 botol barli buat sendiri…ok juge tu…ada juga yang nak kena mee pedas…katanya sedap….tapi dah penat, nak kayuh lagi pulak… kensel….
Dah 28 km kayuh….ari makin panas….ingat nak kayuh ke kaki bukit Langsat
( lebih kurang 7 km lagi ) …tapi dah kena air barli dan cuaca semakin menjadi-jadi …semua ambil keputusan ikut laluan sungai menuju ke Bukit Katong…laluan ni pun kerap dilalui…tapi juga dah semak beb…seronok laluan ni kerana perlu melepasi sungai..tak ada cara lain kena kando gerek dan ada 1 bukit tegak pendek yang dianggap mencabar…wooo…payah nak lepas kalau tak tau teknik….
Laluan lepas ni lagi mencabar…bukit banyak dan permukaan track memmang menyakitkan badan…tapi masih bersemangat…semangat….
Kayuh lagi….tapi baru 2 km lepas sungai…gerek cikgu Man ada masalah…Dreeyler bengkok masuk dalam jari…brek belakang bengkok…terganggu seketika…ada le lebih kurang 25-30 minit nak seettlekan…memang tak boleh pakai langsung brek dan dreeyler tu… Oleh kerana dah lama menunggu ramai bikers yang nampak penat…( buat-buat penat kot!!!! ) jadi …kitaorang ambil keputusan berpatah balik ke port di kedai Sabri….(lebih kurang 3 km) pada jam 11.10 pagi.
Apapun walau hanya 33 km di lalui…banyak perkara diperolehi dalam kayuh jejak track kali ni… dah lah laluan yang cukup mencabar, keadaan cuaca yang tika ni cukup mengancam ( walaupun jalan dalam hutan terasa bahangnya ) kami perolehi banyak perkara. Antaranya hampir 3 suku laluan mengelilingi Bandar Jasin dapat dijejaki, jauh bezanya kayuh sorang-sorang berbanding dalam group, rupanya susah berjalan dalam hutan ni, perlu ada persiapan rapi sebelum melakukan apa-apa dan yang pastinya KAMI MASIH BELUM DAPAT MENJEJAKI SECARA KESELURUHAN TRACK BAYANGAN UNTUK MINI JAMBOREE DAN JASIN BIKE JAMBOREE 2010.Kita hanya merancang tuhan menentukan.
Catatan Oleh: SU/JBC... En.Megat Ahmad

TENTANG ADMIN

KOLEKSI POST
KOMEN TERKINI
GAMBAR TERKINI
VIDEO MESYUARAT
EKSPEDISI KUALA LINGGI 1
EKSPEDISI KUALA LINGGI
GAMBAR MOUNTAINBIKE
KOMENTAR TERTINGGI
Widget by Blogger Buster
FORUM JBC
Monday, May 11, 2009
Track Tebat-Simpang Kerayung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAMPAIKAN PESAN ANDA
Jasin Jamboree 2010

PENCARIAN DLM BLOG
Labels
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
1 comments:
Fuh... Gambau Pak Cik Megat angkat basikal.... dasat....
Post a Comment