FORUM JBC


Tuesday, March 9, 2010

MAKLUMAT RASMI TARIKH JAMBOREE MTB JASIN 2010

logo finale Perbincangan berkaitan tarikh pelaksanaan Jamboree MTB Jasin 2010 telah diadakan di Mesyuarat J/Kuasa Pelaksana Jamboree MTB Jasin pada 6 Mac 2010 yang lalu. Setelah diperbincangkan dengan begitu teliti dan rapi, mesyuarat J/Kuasa Pelaksana memutuskan bahawa tarikh diadakan Jamboree MTB ini tidak dapat diubah ke tarikh yang lain dan ianya akan tetap dilangsungkan juga pada 2 May 2010 ( Ahad ) bermula jam 8.00 pagi di Perkarangan Stadium Jasin, Melaka. Ini adalah disebabkan :

A) Komitmen pelaksanaan MTB ini telah pun dijayakan ke tahap 50%. Segala persiapan telah pun disusun atur dengan begitu rapi pada tarikh berkenaan.

B) Pelaksanaan program ini tertakluk kepada syarat dan kehendak penaja program ini.

Sehubungan dengan itu, bagi pihak J/Kuasa Pelaksana program ini memohon

ampun dan maaf kepada rakan-rakan Riders di seluruh negara atas pertembungan tarikh pelaksanaan program ini dengan Kelab / pengelola Jamboree @ aktiviti yang lain. Namun begitu, kami akan tetap terus menyokong apa jua aktiviti dan kegiatan MTB yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di seluruh negara.

0 comments:

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template