FORUM JBC


Showing posts with label LATIHAN. Show all posts
Showing posts with label LATIHAN. Show all posts

Sunday, December 21, 2008

LATIHAN OFF ROAD

Semalam geng2 JBC sibuk berlatih untuk persediaan ekspedisi untuk esok iaitu sejauh 51km (offroad)... kebetulan penulis ada balik... so berkesempatan mengikut track baru yang dia baru buat... Jam5.30pm semuanya berkumpul di balairaya Kg.Air Baruk. Dah lebih 6 bulan penulis x join dia org. ini. Satu perubahan yang sangat ketara iaitu jenama basikal yang dia org pakai.. Rasanya dah x mampu penulis nak ikut... Dari segi costume lain spt accesori dan baju... semuanya dah branded.

Camnepun tahniah kat SU/JBC kerana dpt maintain kelab nie.... Harap2 ianya terus kekal... Bagi penulis... tak dapat nak bagi komitmen sepenuhnya kerana tugasan lain... hanya dapat bantu run blog sahaja. Insyallah.. 2tahun lagi...penulis akan kembali... Bila berbual dgn SU/JBC saudara Megat, banyak perancangan yang telah diatur..... bertambah semangat penulis mendengarnya.... Semuga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan insyallah

Latihan semalam penulis dapat ikut juga geng2 ni berlatih... Sempat juga merakam gambar dan video.....tapi naik motor je(sampai bocor tube motor)... Laluan track skg dah x macam dulu.... Mereka ni dah ke arah ekstrem.... baguslah tu... satu peningkatan dari segi cabaran sukan MTB.......

Hari ini Geng2 JBC sedang berkayuh di track..... Semoga anda semua sukses.. Jumpa lagi

Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 25, 2008

HOME LE-RIDES

Jasin 23 Nov 2008( Ahad )
Jam 8.00 pagi dah ada ramai bikers berkumpul di Roza Tomyam Restaurant Air Baruk Jasin.Ini termasuklah group dari Muar, Ecc Melaka, Bukit Katil, Bemban, Sungai Udang Camp (Army), Petronas Sungai Udang, Singapore, MITC Group, PDRM Jasin dan termasuklah dari JBC.Kesemua jumlah bikers seramai 43 orang dengan dibantu oleh 6 orang krew telah siap sedia untuk bergerak bagi merentasi laluan sejauh 62 km ( 7 km on the road dan 55 km off-road ). Cuaca cukup cantik. Tepat 9.00 pagi kesemua bikers di lepaskan dengan diringi oleh 2 buah radio car ( PDRM Jasin ) sehingga ke simpang Kemengkang ( 5 km )

Istimewanya macam VIP pulak rasanye. Ini semua atas sokongan Tuan Zaki ( ketua traffic PDRM Jasin ) yang juga merupakan bikers JBC yang turut sama rides kali ini.( TQ tuan dan anggota ).Kayuh on the road tak rasa ape lah apatah lagi hanya sejauh 5 km je… tapi masuk je kat kawasan kg.Kemengkang dan ladang Sime Darby baru le tau..apatah lagi bila jumpa bukit 3 beradik…sampai atas bukit terakhir nie dah jadi 2 group…tapi kayuh tetap kayuh…Masuk pulak kawasan Ladang Guthrie lagi banyak bukit di rempuh..(tapi tak lalu kawasan bukit tampin..dah semak ) disini banyak pecahan group telah berlaku..terpaksalah group JBC keje keras sikit..nak cari bikers lain yang sesat termasuk dua orang Mat Salleh dari MITC group..nasib baik dak Jak dapat jumpa…letih le juga dak Jak… maklumlah diorang bukan tau road nie..Lepas tu kena lalu sungai pulak..dan diikuti dengan bukit licin dan bukit merah( Bukit 3 tingkat )..aduh mak..tapi semua bikers nampak bersemangat sungguh untuk berkayuh sehinggalah sampai ke Checkpoint terakhir - Bukit Katong … Matahari dah terik…walaupun dalam ladang tapi terasa panasnya…waktu nak ke finishing line semua tak dak tunggu dah..nak cepat sampai…lalu kat pekan Jasin pun pecut bagai nak gila…tapi alhamduliillah semuanya ok…ada yang kejang otot dan jatuh kat track tu biasa le…sampai kat finishing semua bikers lega..dah selasaikan rides sejauh 62 km dengan melalui 17 kawasan bukit tinggi…itu bukit tinggi..bukit rendah tak terkira le..
Apapun Tima kasih pada semua yang terlibat…Biker dari semua Club yang bersama…krew yang cukup bersedia…dan sponsor yang sentiasa bersedia untuk menaja…jumpa lagi. .

Sumber Berita: En.Megat Ahmad (S/U..MbikeJBC)

Baca Selanjutnya...

Monday, August 4, 2008

KAYUH MALAM @ SIANG

KAYUH MALAM @ SIANG

4 Ogos 2008 : JBC dah ada track sendiri… 4 km On the road / 24 km off road.. jejak track ini atas usaha Bikers sendiri Pucat, Layut, Jai, Rap, Ponggek dan Sahak ..kayuh pagi 4/8/08( Ahad ) saya berkesempatan berkayuh bersama untuk menjejaki dan mengesahkan track ini…walaupun pendek memang cukup mencabar…ada 5 bukit yang cukup tinggi yang memerlukan teknik kayuhan tepat untuk melepasinya…selain itu ada berbelas lagi bukit sederhana dan kecil yang jalannya memerlukan kesabaran untuk melaluinya..disamping itu juga track ini terpaksa melalui jalan ladang getah

( tak ada laluan ) dan anak sungai ( terpaksa pikul beskal )…bermula dari kesang Pajak, Jasin dan berakhir di Kg.Baru Bukit Katong, Jasin. Jadi kami mempelawa member grup MTB lain untuk bersama ride track ini samada waktu siang atau malam…

@@@@ Akan teroka tack lain lagi…… (Berita dari: Encik Megat... SU JBC)

Baca Selanjutnya...

Thursday, July 17, 2008

KAMI DAKI BUKIT JUGA.....(DIAMOND CREEK, KG.SLIM)

Kalau Geng JBC menawan Bukit 7 Beradik..... Kami kat Tanjung Malim pun dapat tawan Bukit Diamond Creek, Kg. Slim.... Bukitnya mencabar tapi x lah jauh sangat..... Dari T.Malim ke Diamond Creek +- 28.5 pergi dan balik.... Ada air terjun .... Kalau Gorup JBC nak gi sini best juga.... Sebenarnya tempat ni lebih kurang macam Sagil... tapi cuma di sini ialah Kawasan Harta Persendirian... Penulis nak masuk kat sinipun kena minta kebenaran dengan guard kat depan pintu masuk.... Dalam ni banyak banglo persendirian.... Dia buat tempat rehat masa cuti... Lebih kurang Cuti Orang2 Kaya.....Bukit nak menghala ke kaki gunung tu boleh tahan juga... Disebabkan dah lama x kayuh.... sampai kat atas... hampir nak muntah.... Jadi moral ceritanya: Rajin-rajin lah kayuh... maintain stamina.... Salam... Jumpa di PD nanti... Jumpa di sana...sana... saaaaaaanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!

DI PINTU MASUK DIAMOND CREEKS

BERGAMBAR 4 BERANAK

BERGAMBAR SEBELUM NAK MENDAKI BUKIT....

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 16, 2008

KAYUHAN BUKIT 7 BERADIK

13/07/08.. Ahad (8.00am)... JBC telah membuat latihan secara intensif.... sebagai persediaan ke Ekspedisi Port Dickson. adalah sesetengah dari Group JBC yang belum mencuba lokasi Bukit 7 Beradik.. tetapi penulis percaya...jika Gunung Ledang dapat di tawan inikan bukit 7 beradik... Especially... pada Ponggek, Layut, Pucat, Sahak.... mereka ini sudah dikira regular.... Jadi x ada masalah dengan bukit-bukit..... Camne pun... Diharap semua JBikers telah bersedia dari segi mental dan fizikal.. Apapun kita rancang dan kita praktikkan diharap mengikut perancangan yang telah ditetapkan.....Moga-moga dengan peraturan dan sistem yang diwujudkan oleh JBC dapat memantapkan lagi kelab ini.... Semoga berjaya.... Sukses....




Baca Selanjutnya...

Sunday, June 22, 2008

KAYUHAN PERTAMA DI TANJUNG MALIM

22/06/08.... Dah lebih 2 minggu penulis berpindah ke Tanjung Malim...dan hari ini dgn rasminya penulis dan anak-anak berkayuh dari Tanjung Malim ke Proton City.... Kalau di Jasin.... bila berkayuh tu... ramai.... tapi kat sini ... ade le 3 orang... Good start le tu... Lepas ni ramai kot?.... Kami mula berkayuh 06.45am dari rumah... Pasal dah lama x berkayuh... letih juga.... Mujur le bawa Abg. Cik... boleh le berkayuh santai... Abg. Amir rasa boring je... sebab dah biasa laju..... Laluan yang kami lalui x banyak kenderaan....tapi jalan ni lebih kurang jenis jalan Highway (2 lane)..OTW ke Proton City tu... kami lalu di Malim Prima (Kaw. perumahan baru.... tp nampak mcm terbengkalai je?!).... Kolej Kediaman UPSI yang baru... Kilang Proton.... Dan seterusnya sampai di Proton City +-7.30am.... Fuh.. best juga kawasan ni... Macam Nampak gayanye rumah kat sini memahal.... Mini Putrajaya...Elite Group... Kami kat sinipun x lama ... Pusing-pusing di kawasan tasik (nampak le org2 kat sini beraerobik)... Hala ke balik tu... kami pekena roti canai kat Restoran Nasi Kandar.. (Baru nak pecah kalori dan tambah kalori)... Anyway...TK group JBC.... teruskan kayuhan anda.... kami di sini akan terus berkayuh.... Pas ni kena cari track baru pulak.... Salam...

Rumah Sewa Penulis Di Taman Wangsajaya, Tanjung malim


HighwayTanjung Malim-Proton City


Abg.Amir di Fly Over Highway TM-PC


Abg.Cik pun nak bergambar juga


Gambar Kami Bertiga


Abg.Amir & Abg.Cik (Berlatarbelakangkan Kilang Proton)



Suasana Yg Menarik Di Waktu Pagi


Nak Sambung Barkayuh....


Kawasan Kampus Baru UPSI....



Kolej Kediaman UPSI di Proton City


Basikalpun nak bergambar juga...


Pintu Masuk Ke Proton City


Masjid Proton City


Bungalow Di Proton City


Embayu Lake......


Pemandangan dari atas (Sebelah Rumah Semi D)


Bergambar kat Embayu Lake (1)


Bergambar kat Embayu Lake (2)



Menarik....



Rasa nak berdayung



Air Terjun Buatan



Masih Bergambar












Baca Selanjutnya...

Sunday, May 25, 2008

OFFROAD JASIN HEIGHT-SIME DARBY-SERI KESANG-KEMENDOR-JASIN

25/05/08..... Pagi ni... laluan kami ialah offroad...... Sebelum bermula kayuhan... Minum di kedai Sabri... seperti biasa... pekena roti canai..nescafe o dan telor setengah masak 2 biji.... Yang nampak excited... Ponggek... Apa tidaknye.. nak try Nexus Excaliburnya.... Pagi ni cuma 7 orang je yang terlibat... dan seorang marsyalllll... (Zemi). Bila dah masuk laluan dalam... mulalah terasa nak pakai basikal mahal... Laluan berbukit... curam... fuh... adventure & trill.... siap kena pikul basikal lagi.... Macamanapun ucapan takziah pada Ajax.... terjatuh... luka sedikit... Tak apa... Lain kali lebih berhati-hati.... Ok.... Jangan lupa petang ni.... Kayuhan Jasin-Merlimau....

Baca Selanjutnya...

Tuesday, May 13, 2008

LATIHAN JASIN-AIR KERUH (PERGI &BALIK) 42KM

13/05/08.... Cadangan laluan pengkayuhan hari ini ialah dari Jasin ke Air Keruh melalui Ayer Panas dan Gapam. Laluan ini dipilih kerana ia merupakan laluan perjalanan balik dari Kuala Linggi ke Jasin. Apa yang menarik dilaluan ini ialah mempunyai darjah kecuraman yang tinggi. Terdapat lebih kurang 8 bukit yang begitu mencabar sperti Bukit Baba dan Nyonya, Bukit Ozana, Bukit Tiara Golf dan Bukit Kg. Ayer Panas. Semoga latihan pada petang sukses....

Baca Selanjutnya...

MASIH DALAM MOOD LATIHAN

12Mei2008.... Hari ini masih dalam mood latihan dan bilangan pengayuh masih dalam bilangan yang memuaskan... Objektif kayuhan hari ini adalah pendakian bukit. Terdapat 3 laluan bukit yang mencabar iaitu Bukit SMK. Teknik, Bukit Jirat Cina dan Bukit Kemendor. Ketiga-tiga bukit ini sangat mencabar dan ianya sangat sesuai untuk sesi latihan yang mana pengayuhan sebenar yang akan dilalui oleh peserta ialah dari Alor Gajah ke Masjid Tanah melalui Lendu kerana laluan ini terdapat banyak bukit. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan.... tetapi ada juga peserta yang muntah air.... kerana belum cukup fit....Diingatkan bahawa....cuma tinggal 3 hari lagi untuk sesi latihan sebelum ekspedisi kita bermula. Jangat lupa pada para peserta hari Jumaat ke SK. Seri Lanang untuk "setup" Khemah.....

Baca Selanjutnya...

Monday, May 12, 2008

KAYUHAN JASIN-CHABAU

11Mei2008.... Hari ini, laluan kayuhan dari Jasin ke Chabau iaitu lebih kurang 25.9km pergi dan balik. Bagi Pengayuh yang dah regular.... jarak ni tidaklah mendatangkan masalah... Cuma apa yang nak ditekan di sini ialah sistem latihan.... Pertamanya jarak diantara pengayuh... Semasa arah perjalanan pergi dari Jasin ke Chabau.. terdapat 3 pecahan kumpulan.. Ini menunjukkan intensiti pengkayuhan mempunyai julat agak jauh.... Tetapi apabila En. Megat memperbetulkan teknik dan sistem pengkayuhan... alhamdulillah semuanya berada dalam satu deretan dan bagi pengayuh yang belum season dapat mengikut dalam keadaan selesa. Purata kelajuan +- 23km/j. Ini sangat penting sebagai persediaan ekspedisi ke Kuala Linggi

Baca Selanjutnya...

Friday, May 9, 2008

LATIHAN & PERSEDIAAN EKSPEDISI KUALA LINGGI

Ekpedisi JBC seterusnya ialah Kuala Linggi (Kg. Nelayan)... Perancangan telahpun dibuat dan bagi ahli kelab pula persediaan latihan berkayuh perlulah cukup dan mantap sebelum tiba hari sebenar. Dalam minggu ini sahaja.. latihan pengkayuhan banyak menumpukan pada pendakian bukit dan jalan yang sesuai untuk latihan bukit ialah... Jasin - Kemendor kerana terdapat 5 bukit yang agak mencabar dan sesi ini telahpun dijalankan:

Cadangan Latihan berbasikal:
05/05/08............................... Jasin - Kemendor (Berbukit)
06/05/08............................... Jasin - Kesang Pajak - Kemengkang - Sri Kesang
07/05/08............................... Jasin - Chabau
08/05/08............................... Jasin - Bemban
09/05/08............................... Jasin - UteM

Laluan Jasin - UteM (Pergi dan Balik .... 22km)

Baca Selanjutnya...

Monday, May 5, 2008

Onroad Vs Offroad

Sejak kebelakangan ini, Jasin Biker Club(JBC).... kerap menggunakan laluan dalam (offroad)... Sebenarnya (JBC) tidak hanya menumpukan pada laluan di atas jalanraya (onroad) malahan laluan dalam (offroad) juga dijadikan sebagai satu aktiviti latihan dan riadah. Kebanyakan ahli kelab memiliki mountain bike dan selebihnya racing...

Baca Selanjutnya...

Wednesday, April 16, 2008

KAYUHAN JASIN-A.KANGKUNG-SIMPANG BEKOH-CHABAU-KELUBI-JASIN

15/04/08.... Kayuhan kali ke 2 iaitu dijalan yang sama... dan kali ini terdapat 10 orang peserta yang terlibat. Seperti biasa kami bersarapan di Kedai Sabri sementara menunggu cukup korum.. Lebih kurang 8.10am kami memulakan sesi pengkayuhan... Alhamdulillah cuaca sangat baik dan bagi peserta-peserta yang belum lagi melalui jalan ini agak berdebar-debar juga kerana sudah digambarkan kepada mereka tentang bukit-bukit tinggi yang perlu didaki. Bagi mereka yang dah melalui jalan ini dah merasa kepayahan mendaki bukit-bukit tersebut. Sepanjang perjalanan, para peserta nampaknya begitu teruja dengan laluan ini... Statistik pengkayuhan sedikit berubah daripada pengkayuhan sebelum ini:

Kelajuan Maksimum : 54.6km/j
Purata Kelajuan : 20.4km/j
Jarak perjalanan : 36.4km
Masa perjalanan : 1 jam 42 minit
Perjalanan tamat di Kedai Busu Yahya.....

Baca Selanjutnya...

Sunday, April 13, 2008

KAYUHAN JASIN-A.KANGKUNG-SIMPANG BEKOH-CHABAU-KELUBI-JASIN

13/04/08: Pagi ini, aktiviti berbasikal bermula pada pukul 8.00am. sebelum tu, kami bersarapan di kedai Sabri...pekena roti canai dengan nescafe o... sementara nak menunggu geng-geng lain sampai. Penglibatan pagi ni taklah ramai... cuma 6 orang saja... Malik, Zunasri, Pendi, Kamaruzaman, Amir dan penulis sendiri. Sebenarnya kami teruja nak cuba jalan ni apabila kami melaluinya dengan menaiki kereta tempohari. Memang diakui bahawa jalan ni benar-benar menguji keupayaan mengayuh. Pendakian bermula dengan bukit SMK.Teknik... tapi tak ada masalah sebab dah biasa dengan bukit tu... Cabaran pertama apabila sampai di km12 iaitu simpang dari Air Kangkong menghala ke Simpang Bekoh... Bukit pertama yang kami lalui sangat mencabar... terasa lenguh kaki... Pada pengiraan penulis, terdapat lebih daripada 12 bukit yang sangat mencabar yang harus didaki. Perjalanan berbukit ini sepanjang 14km (dari Simpang Air Kangkong ke Simpang Bekoh). Sebelum jalan ini dibuat, ia merupakan kawasan berbukit bukau dan terdapat perkampungan orang asli. Perjalanan ditamatkan pada 9.50am dan menyambung minum pagi di Kedai Sabri. Mengikut statistik perjalanan kami hari ini ialah:
Jarak perjalanan : 40km
Kelajuan maksimum: 52mk/j (turun bukit)
Purata kelajuan : 20.8km/j
Masa : 1 jam 50minit

Perjalanan yang mencabar pada hari sebenarnya sebagai persediaan kami untuk menghadapi ekspedisi akan datang iaitu ke Kuala Linggi (68 km sehala). Semoga ahli kelab bersedia untuk ekspedisi akan datang....

Baca Selanjutnya...

Saturday, April 12, 2008

BERKAYUH WAKTU MALAM

12.04.08...Kebelakangan ini aktiviti pengkayuhan pada waktu petang banyak tertunda disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Kerapkali.... hujan di waktu petang. Ada dikalangan ahli kelab yang gian nak berkayuh tapi x dapat disebabkan cuaca yang tidak menentu.... Jadi bila ada waktu terluang... malampun boleh berkayuh..... Malam ni je.. ada 3 orang yang berkayuh...





Baca Selanjutnya...

Thursday, April 10, 2008

VIDEO AKTIVITI & LATIHAN

Latihan dijalankan dari Jasin Height melalui Ladang Guthrie dan susur keluar ke Kg. Seri Kesang (4Ekar) dan seterusnya melalui Kg. Kelubi dan balik ke Jasin.




Baca Selanjutnya...

VIDEO AKTIVITI & LATIHAN

Pada setiap petang ahli kelab akan menjalankan aktiviti berbasikal (merangkap latihan) sebagai aktiviti riadah disamping membuat persediaan pengkayuhan apabila mempunyai ekspedisi terbaru. Biasanya kami akan mengayuh mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai laluan iaitu Off Road dan jalan biasa.

Baca Selanjutnya...

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template