FORUM JBC


Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

MAKLUMAT RASMI TARIKH JAMBOREE MTB JASIN 2010

logo finale Perbincangan berkaitan tarikh pelaksanaan Jamboree MTB Jasin 2010 telah diadakan di Mesyuarat J/Kuasa Pelaksana Jamboree MTB Jasin pada 6 Mac 2010 yang lalu. Setelah diperbincangkan dengan begitu teliti dan rapi, mesyuarat J/Kuasa Pelaksana memutuskan bahawa tarikh diadakan Jamboree MTB ini tidak dapat diubah ke tarikh yang lain dan ianya akan tetap dilangsungkan juga pada 2 May 2010 ( Ahad ) bermula jam 8.00 pagi di Perkarangan Stadium Jasin, Melaka. Ini adalah disebabkan :

A) Komitmen pelaksanaan MTB ini telah pun dijayakan ke tahap 50%. Segala persiapan telah pun disusun atur dengan begitu rapi pada tarikh berkenaan.

B) Pelaksanaan program ini tertakluk kepada syarat dan kehendak penaja program ini.

Sehubungan dengan itu, bagi pihak J/Kuasa Pelaksana program ini memohon

ampun dan maaf kepada rakan-rakan Riders di seluruh negara atas pertembungan tarikh pelaksanaan program ini dengan Kelab / pengelola Jamboree @ aktiviti yang lain. Namun begitu, kami akan tetap terus menyokong apa jua aktiviti dan kegiatan MTB yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di seluruh negara.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, January 20, 2010

KAYUHAN SEMUJI

Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 23, 2009

SEBAGAI RENUNGAN UNTUK BIKERS....

Salam kepada semua peminat MTB... Di sini admin MbikeJBC ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman yang dilalui oleh Group MastanaMTB semasa mereka menjalani rutin  latihan dan kayuhan.. dan penulis rasa elok juga pembaca terus membaca catatan admin MastanaMTB kisah yang mereka lalui dan sekurang-kurangnya menjadi panduan dan pedoman kita....

Dipetik dari :   MastanaMTB

Salam pada semua Riders.....

Kali ini riders mastana ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua....

Kisahnya bermula pada 16hb dis.2009 berkisar pada jam 6ptg, dimana kami telah menjalankan rutin kelab kami berkayuh.Sepanjang penglibatan kami dalam sukan berbasikal,ini lah kali pertama kami dipau rm40 bagi melalui kawasan yang tidak dipacakkan dengan amaran "Kawasan persendirian penceroboh akan didakwa" di sekelilingnya. Dimana kawasan yang kami lalui ini merupakan syurga bagi pendakian dan penurunan bukit, mana-mana riders akan tergoda.
Kami telah berkayuh hingga kepuncak bukit dengan harapan laluan itu dapat disambungkan dengan laluan yang biasa kami lalui....malangnya jalan mati.Kami mengambil keputusan berpatah balik dan tidak melalui jalan yang mula-mula dilalui, ini kerana ia menuruni bukit. Sesampainya dikaki bukit, kami dapati kawasan itu mempunyai kantin, rumah kotai dan pintu pagar,dimana terdapat 2 lelaki,2 perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan. Salah seorang daripada kami telah bertanya kepada salah seorang daripada lelaki itu arah jalan, sebaliknya diherdik dan terus berlari ke pintu pagar lalu menutup dan menguncinya yang sebelum tu terbuka. Kami dimarahi dan di ugut untuk menalipon polis kerana menceroboh sedangkan papan tanda amaran tiada langsung.
Kami memohon maaf tetapi dibalas dengan jawapan yang angkuh bagi seorang melayu tak tau islam ke tak....Beliau telah menalipon "owner" kawasan itu yang katanya seorang datuk.....dan menceritakan tentang kami. Salah seorang daripada kami telah dapat bercakap dengan datuk....dan meminta maaf tentang kejadian itu dan kami diarahkan memberi kan rm10 seorang kepada "balachi" beliau dan baru dibenarkan beredar. Selang beberapa minit, datuk tadi menalipon semula "balachi"nya supaya memeriksa kami samaada membawa kamera. Selepas berpuas hati barulah dilepaskan.

Kisah ini bukan la apa sangat tapi apa yang kami dapat dari pengalaman ini ialah sikap angkuh orang melayu yang kaya dengan budi bahasa....dan seorang yang bergelar datuk mengajar orang biasa memberi dan menerima rasuah.....dan sekiranya pekerjaan dan perniagaannya berseh dan betul tak perlu la takut.....

Sekiranya Riders-riders ada komen silakan......

Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2009


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 3, 2009

Mesej dari Kotak Pesanan (En.Daud bin Mohd. Nasir)

Nama Anda: petpot
Alamat Email : dbmnsajin@gmail.com
Perkara: Malaca Bike Fest

Mesej: Alo warga Air Baruk....salam semua.
Pada 6-8 NOVEMBER ni bertempat dsekitar MITC/Mydin......kerajaan melaka menganurkan buat julung2 kali nya \\\"Malaca First Bike Fest\\\"...alaaaaaaa mcm perhimpunan moto2 beso la..klasik ade super bike ade...memacamla..jadi meh leeeee gegamai dtg memeriahkan lagi majlis 2....saye nak cagangkan geng besike ride kampung kita ride la sane...saje promosi clik besikal

Baca Selanjutnya...

Monday, May 11, 2009

Setelah 1 Tahun 2 Bulan

Jika dicongak-congak baru setahun 2 bulan rupanya Jasin Bikers Club ditubuhkan…alhamdulillah dalam tempoh tu semua ok…

@ Dah lebih 7 aktiviti utama diadakan….
@ aktiviti kayuhan harian tetap diadakan tiap hari…
@ semua ajk memainkan peranan masing2….
@ minat member club ni makin menjadi-jadi pada basikal….
@ ramai yang dah boleh cerita pasal basikal….
@ pantang jumpa basikal…mesti nak tengok…..
@ Ada jamboree..awal2 rancang nak pergi…
@ minat majalah basikal….
@ minat kaitan penganjuran lumba basikal…
@ Duit dah tak kesah dah.. kalau pasal basikal….
@ Dah ada siute sendiri…warna oren/hitam beb…
@ Dah ada perlembagaan club sendiri…
@ Krew Teknikal asyik tanya je..bila lagi nak buat xtvt…
@ track pun dah terlalu banyak….nak dekat..nak jauh….
@@@@@@ pendek kata macam-macam lah…

Terkini

@sedang tunggu kelulusan pendaftar pertubuhan (JBS) untuk
Pruf kelab ini dan dapatkan bajet khas..
@Baru terima saranan Jabatan Belia dan Sukan untuk Club ini
Sebagai Club induk bagi ujudkan kategori Racing, Mountain Bike
Dan BMX.
@Dalam perancangan untuk adakan mini Jamboree ( tertutup Jasin)
Sempena Sambutan Kemerdekaan Negara 2009 – Oktober,2009.

@@@@ Ada lagi perancangan…..tunggu lee…
Catatan.... SU/JBC.. En.Megat Ahmad



Baca Selanjutnya...

Friday, March 20, 2009

MAJLIS MAULIDUL RASUL KG. AIR BARUK

Alhamdulillah ... baru-baru nie, Masjid Lama Kg. Air Baruk berjaya menganjurkan majlis Maulidul Rasul... Rasanya.. setiap tahun Kg. Air Baruk nie memang tak terlepas menyambutnya. Ucapan tahniah kepada AJK Masjid Kg Air Baruk.. terutamanya En.Aizzuddin Ali (Kalau kat kampung panggil Cikgu Atan) sebagai Pengerusi Masjid Lama... Sejak dihidupkan semula masjid ini beberapa tahun kebelakangan ini.. Suasana kampung memang nampak berubah.. aktiviti-aktiviti keagamaan telah banyak disusun oleh AJK dan sambutan sangat menggalakkan. Mudah-mudahan ianya berterusan dan diharap ramai lagi warga kampung dan juga mereka yang berdekatan dapat sama-sama mengimarahkan masjid ini.. Amin






Baca Selanjutnya...

Friday, February 20, 2009

DARI PEKAN JASIN KE BANDAR MELAKA..... CERITA DULU-DULU

Salam buat warga MbikeJBC... Entry kali ni... aku nak cerita sikit pasal Dari Pekan Jasin Ke Bandar Melaka. Disebabkan kebanyakan warga MbikeJBC ramai orang Jasin... sekurang-kurangnya terkenang jugaklah zaman-zaman kita kecik2.. Kita semua nie membesar hampir dipersekitaran yang sama... So apa yang aku nak ceritakan nie mungkin ade sedikit persamaan dengan apa yang pernah kau orang lalui...


 
Masjid Lama Kg. Air Baruk... 
Mesti kau orang ingat.. masa kecik-kecik (sekitar awal 70an)... Kalau nak ke Bandar Melaka tu... Bas yang sangat setia dengan kita ialah Bas MOS (Malacca Omni Bus) sesetengah kita panggil dulu "Melaka Orang Sakai".. Hi..hi.. .... Warna kuning.. sedikit garisan merah...Tempat duduk kemerah2an.. tanpa penahan kepala... Hanya palang besi tempat kita bersandar.. Kekadang bila terlelap tu.. terhantuk jugaklah belakang kepala... hi..hi.. Itupun kalau nasib dapat duduk... Kalau kena berdiri, pegang ajelah besi kat penahan kepala tu... Nak pegang palang atas tak sampai.. pasal masa tu kecik lagi.. Dan yang paling seronok bila nak tekan loceng.. berebut2... Padahal bukan sampaipun.. Sampai berdiri atas kerusi...Satu perkara yang aku tak leh lupa arahan kat tepi dinding bas "Hilang Ticket Anda Kena Bayar Semula"... Hi..hi.. nak tergelakpun ade... Pengkalan Bas ni dekat dengan rumah aku... Kira dekat dengan Masjid Lama Kg. Air Baruk le..


Dan kau orang mesti masih ingat Tempat Bus Stand Lama (Belakangnya sawah)... Kedai deretan terakhir nak ke bus stand tu ialah kedai Hajjah... Sementara nak menunggu bas... Kat situlah tempat menunggu bas... Gerai-gerai yang popular kat bus stand Jasin tu... Putu Piring.... Agaknya ada lagi x agaknya mak cik tu...
 
Tanda Milestone
Jarak dari Jasin nak Melaka tu lebih kurang 181/2 batu (dulu pakai sistem imperial... bukan metrik)... Bila kita dah ade dalam bas tu... Satu perkara yang selalu dilakukan ialah mengira jarak .. Seronok jugak... macam countdown.... 18...17.....16..... pas tu tertidur... tau-tau dah sampai.... 
    Balai Polis Lama... Berdepan dengan Post Office
                                                                                                                                            
 
   Pejabat Pos Lama.. Kini dah jadi Muzeum Pertanian Jasin
 
    Kedai Berahim: Tempat beli rempah
Kalau naik bas MOS... mesti lalu kedai Berahim  nie.. Bini dia Mak cik Salmah (Popular dengan Rempah).... pas tu mesti jumpa pos office berdepan dengan balai polis lama.... Teringat aku masa Darjah 1... Masa tu sekolah kat SK. Jasin.. Dulu kaedah menabung ialah dengan cara membeli stamp dan tampal pada kad.... Bila stamp dah memenuhi kad tu... Cikgu akan bawak kami ke post office... Masa tu yang best... Sebab dapat jalan2... Kami akan melalui Balai Polis Lama tu dan menuruni bukit  terus ke Post Office... Aku masih ingat lagi... Arwah Cikgu Noresah (Ibu Cikgu Kamaruzzaman Tawi).. yang selalu membawa kami..
Ok.. sambung cerita nak ke Bandar Melaka tadi..Laluan nie mesti kita akan lalu.(Lihat Gambar kat bawah)
    
Rumah Pegawai Kerajaan... Skg nie dah jadi Rumah Anak-Anak Yatim Jasin.. (Lokasi: berdepan dengan Pejabat Pos Baru Jasin)
 

Rumah Guru... Pernah Menjadi Pejabat Koperasi Polis (Bersebelahan dengan Kuil Hindu, dekat dgn Bang Taib jual Goreng Pisang.. alah... yg kerja driver kesihatan dulu... Depan Hospital Lama Jasin Daaa....
Masa tu bas memanglah x de air-cond.. Jadi berlakulah perebutan untuk duduk di bahagian tepi... Tingkap pulak main tarik dan turun.. Silap2 haribulan tersepit tangan..  Biasanya permandangan kita masa ni diiringi oleh pokok-pokok getah yang setia menemani kita.... Cuba kau orang tengok gambar kat bawah nie.... 

     Pekan Bemban.... 
Ini le Pekan Bemban.... Skg nie bangunan kayu nie dah x wujud lagi.... Dah terbakar.... Kalau x silap aku 2 atau 3 tahun lepas.... Kalau ikut sejarah... Ini kawasan hitam...(Masa zaman Komunis dulu le)  Skg nie tempat nie dah berubah.... Ada TrafficLight.. Kalau pagi-pagi nak gi kerja tu... jenuhlah jugak nak tunggu clear jalan nie.... hi...hi.. Sebenarnya dari Jasin nak Bandar Melaka ambil masa lebih 1jam jugalah ... Yelah walaupun x sibuk masa dulu-dulu.... tapi keadaan bas dan kejap2 berhenti tu yang memanjangkan masa...  Kekadang tu bosan juga.... Biasanya selepas Pekan Bemban, bas dah jarang berhenti kerana penempatan di kawasan nie agak kurang....... Salah satu tempat yang paling best ialah bila nak sampai ke Kandang.... Suasana  di sawah.... memang betul-betul teringat dibuatnya... Kebetulan aku ade sedara kat Kandang....
 


   Masjid Kandang.. Sebelah kanan dari Jasin                                           
 
 Aktiviti membajak sawah kat Kandang
Dan satu senario biasa yang tidak terlepas pandangan kita ialah persimpangan Balai Polis Kandang... Di sebelah simpang sebelah kanan.. Rumah Tradisional Baba dan Nyonya... Akupun x  pasti samada masih ada lagi  x rumah tu....

    Balai Polis Kandang 
Biasanya inilah indikator@landmark yang kita dah hampir sampai... Masa kecik-kecik manalah kita tau sangat nama-nama tempat.... cuma dapat cam tempat.... Sebab bukan selalu dapat gi Bandar Melaka.... Sebulan x sekali.... silap-silap setahun sekali... Macam raya le pulak... Fuh bila dah sampai Bus Stand Melaka... Satu suasana yang tak boleh tahan ialah bau asap bas dengan jalan yang berminyak-minyak dengan jalan yang berlubang-lubang... Aku rasa kau orang mesti boleh ingat suasana di bus stand Melaka nie... Dulu shopping centre yang ada.. seingat aku... Malacca Shopping Centre je.... ye.. le... awal-awal 70-an..
Sekarang... semua dah berubah.... suasana yang aku ceritakan tadi hampir 70% dah lenyap dari pandangan kita... Kalau masih wujudpun... fungsi dan suasana sudah jauh berubah... Kita sebenarnya semakin meninggalkan jauh kenangan yang tidak akan dapat kita ulangi... 
Oklah.... sahabat...Salam MTB


Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 24, 2008

TEMPAHAN BAJU UNTUK MBIKE JBC






Penulis difahamkan ada individu dan organisasi yang dah bersetuju nak menaja baju untuk Group Mbike JBC... Bagi penulis, ini amat-amat dialukan... Dan diharap dengan adanya jersi rasmi kelab JBC ini.. dapat menarik minat anak-anak muda untuk terus aktif dalam lapangan MTB. Satu perkara yang penulis nak cadangkan ialah... Jika siap jersi atau baju MTB JBC ini bolehlah dilangsungkan sekali acara perasmian kelab.... Tahniah diucapkan kepada penaja-penaja kita (X leh sebut nama... sebab belum confirm lagi)... Di sini penulis lampirkan semula logo kelab yang pernah dicadangkan dulu



Baca Selanjutnya...

Saturday, December 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan khususnya peminat2 MTB....Semoga Allah memberkati dan menambah rahmatNya....Kepada yang pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan. Sampaikan salam kepada rakan dan teman-teman lama kalau bersua. Kepada yang tetap beraya di perantauan....teruskan....




Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 25, 2008

CADANGAN `RIDE ULU BENDUL’

Perancangan nak rides ke Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan memang ada dalam perancangan pengurusan Club.Setelah ditelek-telek tarikhnya kemungkinan pada 20-21 Disember 2008.Tika ini pihak teknikal sedang uruskan road dan lain2 hal teknikal.Insyaallah survey track akan diadakan pada 6 Disember 2008.Rides kali ini akan ada acara sampingan melibatkan program kunjung hormat atau khidmat bakti di kawasan Kolo Pilah…sedang dalam perancangan lah tu..tunggu je le…apa2 perkembangan akan sentiasa dimaklumkan…
Sumber Berita: En.Megat Ahmad (S/U Mbike JBC)



Baca Selanjutnya...

Friday, November 14, 2008

LAGU LAMA

Disebabkan berita tentang basikal dah lama tak dihantar kepada Admin... Jadi sambil menunggu berita-berita terbaru mengenai MTB... elok juga kita tengok dan dengar lagu-lagu lama.. Evergreen...


NAT KING COLE: AUTMN LEAF


ROBBIE WILLIAMS: MY WAY

Baca Selanjutnya...

Saturday, October 11, 2008

BLOG DALAM PEMBIKINAN SEMULA

Mohon maaf kepada surfers bikers semua... Sebab baru-baru nie ada sedikit maslah dengan blog ini. Admin terpaksa ambil masa beberapa hari untuk memulihkannya. Banyak widget yang adaa dalam blog nie hilang. Jadi admin x dapat nak updatekan berita
Tapi alhmadullillah telah dapat diselsaikankan dan blog ini akan berjalan seperti biasa. Diharap SU JBC.. Saudara Megat dapat emailkan berita-berita terkini mengenai aktiviti semasa JBC... Terima kasih

Baca Selanjutnya...

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Baca Selanjutnya...

Saturday, July 19, 2008

EEC SAHARA RIDE

Melaka MTB Jamboree 2008 akan diadakan di Melaka... Diharap JBC dapat menghantar wakil ke Jamboree tersebut. Penulis rasa boleh contact Ah Keong ataupun Razale


Baca Selanjutnya...

KALAU DULU…LAA NIE !

KALAU DULU…LAA NIE !

Dalam tempoh lima bulan ujudnya JBC ramai yang dah sertai club nie..cantiklah tu..

1. Kalau dulu beskal besi je yang banyak..laa ni ramai dah tukar beskal

lebih canggih..

2. Kalau dulu kayuh 10 km dah rasa jauh..la nie 40 ke 50 km dah rasa

tak cukup pulak…

3. Kalau dulu t-shirt dengan traksuit biasa je yang diharung hari-

hari..la nie satu suit penuh dah..malah 3 atau 4 suit lagiii…

4. Kalau dulu asal ade gear je dah cukup..la nie tak dak gear sembilan

jauh ketinggalan le beb…

5. Kalau dulu Krank( betul ke ejaannye…? ) 32 je..La nie semua cari 42

atau 52 dah…

6. Kalau dulu semua nak kayuh on the road..laa nie apa jadi pun mesti

nak cari juga off-road…cari bukittttttt….

7. Kalau dulu ada Lerun dan nexus je..laa nie Merida, Scott, Montana,

Sachh malah Proton T-Bike pun dah ada dah…

8. Kalau dulu ada sebuah je beskal..Laa nie ada dua tu dah nak tambah

3 atau 4 dah…

9. Kalau dulu ada brek disk tu dah canggih dah..itupun depan aje..sorang

pulak tu yang ada..Laa nie brek disk biasa tak main la beb..cari yang

minyak punya laa…

10.Kalau dulu sorang je.. alamat tak kayuh le..pergi din corner je..laa

nie sorang-sorang je boleh kayuh 40 ke 50 km..

SEBENORNYA BANYAK LAGI STORY YANG MELIBATKAN PERUBAHAN DALAM JBC NIEE…LAIN KALI JE LE KITE CERITE YE..

* Aku jugak yang tak berubah… (Setiausaha kite tu.... En. Megat)

Baca Selanjutnya...

Friday, July 18, 2008

PROGRAM KERJASAMA BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN ( AADK ).

PROGRAM KERJASAMA BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN ( AADK ).

Sebelum menubuhkan Club ini, dihati merasakan bahawa elemen BASIKAL @ Gerek ni tak penting sangat…mungkin hanya sekadar keperluan ataupun untuk beriadah @ bersukan je…tapi sejak melibatkan diri secara khusus dalam aktiviti berbasikal ni nampak keperluannya lebih meluas lagi. Ini dibuktikan dengan minat orangramai untuk menggunakan elemen basikal bagi perkara yang lain..bukan saja untuk individu tapi melibatkan juga organisasi gah dan besar..
Begitulah yang terjadi dengan JBC yang telah dipelawa untuk bersama dalam organisasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan
( AADK ) bagi membantu dalam aktiviti dan program AADK sendiri… Perbincangan khusus sedang dilaksanakan oleh pengurusan JBC..nampaknya semua dalam keadaan positif..kita nantikan perkembangan berikutnya…samada JBC jadi DUTA AADK ke atau ada komitmen lain yang lebih membanggakan..

* harap Organisasi lain juga yakin dengan JBC….(Berita dari: En.Megat Ahmad...SU JBC)

Baca Selanjutnya...

PERKEMBANGAN TERKINI JBC

PERKEMBANGAN TERKINI JBC

KEAHLIAN

Setelah lima ( 5 ) bulan tertubuhnya Jasin Bikers Club
( JBC )pertambahan keahlian sungguh menggalakan. Kalau diawal penubuhannya hanya melibatkan empat (4) orang sahaja tetapi kini setelah 148 hari ianya digerakkan kita telah berjaya menambah seramai 47 orang ahli menjadikan secara keseluruhan 51 orang. Pertambahan ini termasuklah riders, marshall, krew teknikal dan krew sokongan. Pendek kata rasanya dah lengkaplah untuk tujuan konvoi. Tapi… nampaknya kita perlu mengorak langkah lebih jauh lagi dengan menambah keahlian dengan lebih besar lagi kerana banyak perancangan yang telah disunsunatur..
Antara pertambahan yang perlu..
Penyertaan dikalangan ahli Wanita
Penyertaan dikalangan ahli Junior
Perluasan keahlian yang merangkumi seluruh negeri Melaka @ Malaysia

Besar tanggungjawab ajk club nii..satu amanah…(Berita dari: En.Megat Ahmad....SU JBC)

Baca Selanjutnya...

Thursday, July 17, 2008

SURFERS DARI LUAR NEGARA

Sejak akhir-akhir ni ada juga surfers-surfers dari luar tersesat kat Blog kita ni... Salah satunya dari Indonesia yang menggelarkan group mereka Cyclyoholic..... Kat sana dia mengkategorikan sukat MTB ni Olahraga Bersepeda.... Kalau ada kesempatan bolehlah surf kat laman web mereka ni... -----Laman Web Geng Cycloholic Bersepeda----


Ada gak orang luar surf kat blog.... tersesat le tu...

Baca Selanjutnya...

Sunday, June 29, 2008

TAKZIAH BUAT KELUARGA CIKGU ZUL (SEYD ZUL)

Tanggal 27.06.08 (Jumaat)... Anak bongsu Cikgu Zul dan Kak Miskiah... telah kembali ke Rahmatullah.... Penulis bagi pihak JBC mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.... Sebenarnya penulis tidak dapat butiran lanjut mengenai kejadian ini... tetapi penulis sempat menelefon Cikgu Zul untuk mengucapkan takziah.....Hati dan perasaan beliau dan keluarga ... hanya Allah SWT sahaja yang tahu.... bagaimana menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi...... Al Fatihah... Amin.....

Baca Selanjutnya...

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template