FORUM JBC


Thursday, May 22, 2008

EKSPEDISI JASIN-KUALA LINGGI

17-18Mei 2008.... Pada tarikh berkenaan ekspedisi Jasin-Kuala Linggi telahpun dijalankan... Ini merupakan program besar yang kedua.... sebelum tu Ekspedisi Jasin-Alor Gajah.... Kali ni.. kami bermalam di Pantai Kuala Linggi. Memanglah seronok dan menarik... apabila program yang dirancang berjalan dengan lancar. Sebenarnya... apa sahaja program.... kalau dirancang dengan teratur... sepakat... komited dgn tugas yang diberi... Insyallah... Allah akan permudahkan.. Penulis melihat bahawa hubungan erat sesama ahli bagaikan adik beradik menjadi kunci kejayaan ini. Harapan penulis semoga hubungan ini bukan saja akan kekal malahan terus mekar di hati sanubari.... Amin.
Pada 17.05.08.... seawal 06.30am para peserta ekspedisi telah mula berkumpul di Balairaya Kg. Air Baruk. Masing-masing sudah dimaklumkan tentang tugas seperti mana yang telah terangkan oleh saudara Megat (S/U). Marsyall yang diketuai oleh Tok Lan (Merangkap Tok Sidang) mula sibuk menyusun orang-orangnya begitu juga En. Zakaria (Dak Yut) sudah mengarah juak2nya bergerak mengikut arahan. Peserta dilepaskan oleh Tok Lan mewakili Pengerusi JKKK dengan penyerahan dan kibaran bendera.
Pada peringkat awal pergerakan konvoi basikal yang diketuai oleh Zunasri "Rap" dalam tempo moderate dan kemas disamping di kawal oleh marsyall.... Bagi pihak crew .. (Fendi&Karim) mereka sudah bergerak di check point yang pertama iaitu Medan Selera Durian Tunggal (20km pertama) untuk penyediaan makanan. Berlaku insiden kecil di km13.5.... melibatkan Saudara Malik (Pengerusi JBC) dengan Saudara Jai... berlaku kecederaan... tetapi alhamdulillah walaupun luka agak teruk tetapi Saudara Malik meneruskan kayuhannya kerana tidak mahu menghampakan rakan-rakan.
Seperti yang dijadualkan... kami sampai di Medan Selera DT +-08.30am.... dan pihak crew sibuk mengagihkan sarapan kepada para peserta.. Saudara Malik diberi rawatan susulan oleh Cikgu Kamaruzzaman... Kami berehat x lama dan meneruskan perjalanan menuju check point yang kedua iaitu di Japerun Masjid Tanah. Dalam perjalanan dari Durian Tunggal ke Masjid Tanah terdapat beberapa pertukaran pengayuh... Apa yang menarik kali ini... sistem yang digunakan amat memudahkan para pengayuh.... bergerak dalam deretan kumpulan (konvoi) dan tidak putus-putus....
+-10.00am kami sampai di Jeperun Masjid Tanah.... Peserta-peserta masih nampak cergas... agaknya makan pisang kot.......dan perjalanan diteruskan ke Check point yang ke tiga iaitu destinasi sasaran.... Pantai Kuala Linggi. Akhirnya konvoi kami sampai di Pantai Kuala Linggi tepat 11.35am. Spedo meter yang ditunjukkkan pada basikal penulis... 67.70km tepat sekali dengan jarak yang telah sukat sebelum ini.
Suasana yang sangat menarik di sini... tidak terlalu sibuk.. amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga kalau ingin bercuti di sini. Acara rasmi iaitu penyerahan bendera oleh Pengerusi JKKK En.Zakaria telahpun berlangsung disamping penyampaian cenderahati kepada para peserta juga tetamu kehormat.
Aktiviti di waktu petang ialah memasang khemah dijalankan.... dan sekumpulan peserta mengambil peluang berbasikal sampai ke Jambatan Kuala Linggi iaitu sempadan diantara Melaka dan Negeri Sembilan. .. Pada aktiviti di waktu malam pula diadakan BBQ.... sponsor ayam oleh Saudara Saufi Md.Din....dan nasi lemak oleh Imam Md.Nor. Terima Kasih kepada mereka berdua... Aktiviti seterusnya ialah wayang pacak.... Penulis menyiarkan semula aktiviti2 yang telah dirakam sebelum ini seperti latihan-latihan dan program-program yang telah dijalankan sebelum ini.
18.05/08..... seawal 05.00am para peserta telah mula bangun mengejar bilik mandi yang terhad..... setelah selesai mengemas khemah dan peralatan, bersarapan dan warming up.... Kami memulakan perjalanan pulang melalui laluan baru iaitu dari K.Linggi-Sg.Tuang-Pengkalan Balak-Sungai Udang- Bertam- Air Keruh-Bemban-Jasin... Berlaku kebocoran tayar pada basikal Saudara Ishak...tetapi x dapat diperbaiki kerana tidak mempunyai tiub yang sesuai. Marsyall Mahathir ditugaskan membawa tayar ke kedai untuk diperbaiki....
Check Point pada 20km pertama ialah di Taman Rehat Sungai Udang.... Rehat kali ini agak lama sedikit kerana para marsyall perlu mengisi minyak... disamping para crew memeriksa basikal-basikal. Kami meneruskan perjalanan menuju Check point yang ke dua iaitu...Taman Seribu Bunga di Air Keruh. Pergerakan dari T.S.Udang ke T.S.Bunga mengambil masa yang agak lama kerana melalui jalan yang sibuk dan berbukit-bukit....
Kami menamatkan perjalanan kami iaitu dari Air Keruh menuju ke Jasin... +- 12.25am kami sampai di Balairaya Kg. Air Baruk... Para peserta dihidangkan makanan tengahari... Pengerusi... Saudara Malik mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada para peserta ekspedisi kerana telah berjaya menjalankan program ini....
Penulis mewakili JBC ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak penaja kerana menaja kami.... Kami benar-benar mengharapkan sumbangan para penaja kerana JBC merupakan kelab baru yang tidak mempunyai dana yang cukupuntuk menjalankan program-program... Akhir kata ...Syabas... JBC (Jasin Bikers Club)...

0 comments:

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template