FORUM JBC


Monday, August 4, 2008

LE RIDES PORT DICKSON

LE RIDES PORT DICKSON


Detik dinanti telah tiba….26 Julai 2008… Cuaca cukup cantik…seawal 7.00 pagi semua dah ready..marshallnya, krew teknikal & sokongan, tue-leap, bikers termasuk bikers daripada Umbai( 3 orang ) dan Tangkak, Johor ( 2 orang ) bersedia untuk berlepas…Taklimat akhir diberikan kerana ragu-ragu bikers dari kelab lain tak tau konsep perjalanan konvoi ini….nampaknya mereka macam faham..ok le tu…tepat 7.30 pagi..pelepasan oleh sidang Jasin..Tok Lan..

Sepanjang 30 km pertama dari Jasin ke Bulatan Sri Pengkalan Alor Gajah..perjalanan cukup sempurna..hanya ada satu saja tue-leap di kampong Parit Melana…tapi sebelum tu di Belimbing Dalam bikers diberi peluang untuk kayuh double…kelamkabut juga dibuatnya sebab tak pernah buat benda ni..ada le jarak 4 km buat double…tapi ok je…(TQ bikers atas kerjasama) perjalanan sederhana sekitar 20 ke 26 km/jam tapi kayuhan konsisten…jadinya sampai awal dari jangkaan ..tercepat 15 minit… tak de yang mengeluh..jadi sekarang ni dah boleh kayuhan direct untuk 30-40 km sebelum checkpoint…Sambung kembali perjalanan 9.15 pagi..oleh kerana keadaan jalan yang landai dan angin pun perlahan serta bikers ikut arahan…lagi cepat sampai di Akademi Laut Malaysia ( ALAM )..tercepat satu ( 1 )jam…hebat diorang ni….perjalanan pun ok gak…hanya ada satu je tue-leap…tapi dalam sepanjang tempoh perjalanan ini kelajuan memuncak… sampai 38 km sejam..malah sewaktu ketua Teknikal ( Zak ) kawal kayuhan ada bikers yang bengang.. `tengah sedap kayuh suruh perlahan pulak..’ –(antara rungutan biker terutama sekali leader -Rap/Layut/Jai)- walaubagaimanapun diorang tetap ikut arahan..kalau tidak kayuh sendiri le..

Kayuhan disambung kembali walaupun waktu masih awal…kerana kalau rehat lama-lama bikers jemu dan letih…10.45 gerak…Ketua Teknikal makin risau..sebabnya sepanjang perjalanan 32 km ke Teluk Kemang ni jalan agak sempit dan sedang dibaiki..lepas 2 km sekali lagi biker kayuh double..kali ni lebih mantap…sehingga jambatan Linggi….perjalanan sederhana sekitar 25 ke 30 km sejam…kenderaan pun tak banyak..dan Ketua Teknikal berjaya mengawal keadaan sehingga sampai 2 km sebelum destinasi akhir.. ( Tahniah Zak …tak sia-sia lantik sebagai Ketua Teknikal)..sampai disini kira-kira jam 11.40 minit pagi…waduh..jauh sangat lari dari jangkaan masa awal.. tercepat satu jam 40 minit…berpinar Ketua Teknikal..nak buat camna…jadi terpaksa le rehat panjang kat sini…akhirnya 12.50 kayuh sambung kembali untuk menuju ke Rumah Rehat Jabatan Bomba dan Penyelamat,Teluk Kemang..Sambutan yang diberikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat cukup istimewa..selesai penyerahan bendera sampai..siap ada jamuan lagi…selesai kayuhan sejauh 93 km…

Petang…semua anggota konvoi rehat sehinggalah sampai waktu untuk perlawanan bolatampar…pening juga…sape nak main ni…tapi cukup respek betul le dengan anggota konvoi nie…ajak je main diorang masuk je…walaupun difahamkan dah bertahun tak main bolatampar…malah ada yang tak pernah mainpun..berbanding dengan pasukan Bomba…tengok jersey je dah gerun… alamak jangan kena kosong dah le… set pertama ketinggalan 11 mata..kalah le tu…tapi set ke2 boleh tahan..tertinggal 3 mata je…kalah juga…set penentuan tertinggal pulak 8 mata… kalah juga…akhirnya… jauh bezanya dengan pasukan Bomba…setup cantik..ada setter, spikers..servis pun macam peluru.. perfect…berbanding pasukan JBC..apapun tahniah le..satu pengalaman.

Malam – masing2 ambil peranan…maklumlah nak buat barbe-que...yang paling sebok Fendi dan Zemi le…termasuk juga karim, faiz dan Orang kuat krew sokongan Feroz…malam tu pekena ayam dan ikan baker le…lepas tu semuanya nyenyak dah tak kira tempat dah..letih beno agaknya..

27 Julai 08 Seperti biasa bila nak balik pasti semangat lebih…pukul 7.00 semua dah ready…tapi gerak lewat sikit..8.00 pagi baru dapat gerak… Hanya 16 bikers saja yang berkayuh untuk balik nie…2 bikers dah balik pada malam semalam..perjalanan sepanjang 32 km ke checkpoint pertama ni( Pekan Kuala Sungai Baru ) semuanya ok ( Jalan landai kut….? )…hanya beskal Jai je yang terpaksa potong rantai…tq shahnan ( member group umbai) pantas membaiki keadaan…

Perjalanan dari Checkpoint pertama ok gak..tapi berlaku kemalangan melibatkan Pengerusi Kelab..Sdr.Malek yang terjatuh di kampong Kemuning…Walaupun tidak cedera teruk tapi beskalnya tak boleh digunakan… rim bengkok..jadi terpaksa rehat je nampaknya…bermula di kampong kemuning nie..jalan dah mula bukit bukau..ada yang mengeloh dan terpaksa minta bantuan marshall..jalan sebegini sehinggalah ke Masjid Pulau Sebang…yang teruk kena belasah ketua teknikal kerana gambaran dari ketua teknikal kawasan yang teruk berbukit hanyalah di Bukit Bulat..tidak dikawasan sebelumnya..jadi ramai yang focus di kawasan bukit bulat je.. Checkpoin ke dua di Perkarangan Masjid Pulau Sebang..Rehat nie ramai yang berbincang bagaimana nak mengharungi kawasan berbukit di Felda Bukit Bulat…. disini 3 bikers dari group Umbai (Shahnan, Nizam dan Naufal)..keluar dari konvoi kerana mereka berkayuh balik ke Umbai menggunakan lebuhraya AMJ…( Simpang Empat ke Umbai ) Terima kasih member dari Umbai…

Gerak dari Pulau Sebang 11.45 pagi..hanya tinggal 12 bikers sahaja..rasanye lebih mudah…susun strategi dulu sebelum gerak..maklum le nak daki bukit tinggi nie…risau gak kalau ada yang tak mampu…tapi yang berlaku sebaliknya… semua bukit bukau tu senyum je bikers daki…ada yang mendakwa bukit dikawasan bukit bulat lebih mudah dari bukit sebelumnya (kawasan kemuning-Simpang empat-A famosa-Pulau Sebang)… mulanya ketua teknikal tak percaya juga..tapi akhirnya akur juga..sebabnya ketua teknikal tak kayuh…iya tak iya juge…setelah 16 km berkayuh sampai checkpoint 4..persimpangan alor Gajah/

Kolam Durian tunggal…Disini bikers ramai yang dah tak mampu..jadi tue-leap le yang ambil alih…5 orang sekali tukar…tak tau le..letihke atau nak rehat je..tapi ramai pulak yang nak jadi marshall…tak kisah le..perjalanan cukup lancer kerna ramai yang dah biasa road nie… tepat pukul 2.00 petang sampai di Balairaya Air Barok….Alhamdulillah semuanye selamat…

Apapun tq very much buat semua yang beri sokongan, sumbangan baik sumbangan harta benda, kewangan dan juga idea..dan tak lupa semua bikers,tue-leap,marshall,krew teknikal & sokongan atas komitmen anda.. and Pegawai Penjaga, Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang serta Pegawai, anggota dan keluarga yang sudi menerima kami sebagai tetamu …jasa tuan/puan tidak kami lupakan….

Aaa…sampai di BR Air Barok..ramai dah tanya lepas ni rides mana pulak….. ?

Rasanya ramai yang nak pergi jauh lagi…tak tau le…mungkin bulan lapan ni kita kayuh untuk semarak merdeka pulak….macam mane ?

BERITA : DARI SU JBC: EN. MEGAT AHMAD

0 comments:

SAMPAIKAN PESAN ANDA


Nama
E-Mail
Perkara
Pesanan
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template